Thursday, February 28, 2013

Good Day Mate!

Setelah hampir 2 tahun sunyi sepi (tak sedar, last post adalah pada hari Luqman lahir), tiba-tiba rasa macam nak menulis balik.
Ye lah, bila berada di tempat orang, tak ada apa nak buat, mula lah cari hobi untuk buang masa.
Sembang macamlah banyak sangat masa lapang. Journal dah menimbun co-supervisor dah bagi, baca pun amik masa betul nak paham, totally new things.

Alhamdulillah, dah dapat kereta semalam Camry '96, dibeli dari Kak Nora yang dah habis PhD di RMIT. Esok pulak dapat kunci rumah sewa, betul-betul depan Monash, tapi seberang jalan besar. AUD1304/bulan, 3 bilik, semua heater dan stove pakai gas, ada backyard, agak reasonable lah.
Walaupun dekat, kena naik kereta gak, sebab rumah sewa kami di belah southeast university, rumah sewa pengasuh Luqman di belah northwest university. Jauh tu nak merentas uni dengan bawak Luqman lagi.

Semoga Allah permudahkan hidup kami sebagai perantau yang menuntut ilmu di negara orang. Tak dapat belajar hingga ke China, ke Australia pun boleh. :-)

Thursday, June 23, 2011

pengunjung tegar hospital selayang

Semenjak selasa lepas aku dan dayah agak tegar mengunjung hospital selayang. Start lepas pagi selasa lepas, doktor klinik uia yang buat weekly checkup dayah cakap dia dah boleh kemas barang dan pegi hospital.

Tapi bila sampai hospital, buat checkup ape bagai, doktor ckp baby belum nak keluar lagi. Doktor situ siap menyumpah seranah doktor uia ckp diaorg tak reti buat keje.

Pada subuh rabu, dayah dah start rasa sakit. Dipercayai simptom contraction. Selang 15 minit pada mula, lepas tu dah tak menentu. Dayah takmau pegi hospital sbb rasenye masih awal. Tambah2 lagi lepas dia dengar doktor situ emo2 hari sebelumnya, mau tak cuak.

Pagi ni, khamis, pkol 3am dayah dah sakit makin kerap. Sampai takleh tido. Teruk sgt keadaannya, kami pun berangkat ke hospital selayang tu balik lepas subuh.

Bila dicheck, dah ade contraction 1cm. Doktor cuba membuka laluan utk baby keluar, dan dayah disuruh balik sebab keadaannya yg tidak teruk lagi.

Ngam2 on the way nak balik tu lah dia dah start sakit teruk sampai susah nak jalan. Sampai rumah pkol 12tghari, dia dah tak senang duduk, sakit nonstop, dlm 10minit, 3-4kali dia rasa sakit. Pkol 2 antar balik ke hospital selayang.

Harap2 kali ni terus bersalin, takleh bayang seksanya kalau doktor suruh tunggu lagi. Kesian sampai takleh tidur.

Update blog ketika resah menunggu kat dewan bersalin.

Saturday, June 11, 2011

Video game yang menyihatkan


Sekarang aku cuba untuk mengamalkan hidup sihat berbanding sebelum ni. Berat naik mendadak tak turun2 lepas kahwin. Dulu berat 70kg masa study, sekarang 85kg. Nak turun sikit punya payah. Target aku tak turun banyak pun, sebab masa berat aku 70kg, aku super kurus, aku cuma target nak dapat badan yg fit sikit je.
Sket je lagi aku nak capai badan camni, lagi 5 packs jeww~

Sebelum ni aku ade suggest kat Dayah (sekarang ni kena bincang dulu dengan pasangan bile nak berbelanja besar, kalau dolu2 time bujang, main bantai beli je), beli game yg menyihatkan macam game Nintendo Wii, yg menggunakan pergerakan sampai berpeluh2.

Tapi bile survey2 console game di pasaran, ternampak pulak PS3 dan Xbox 360 pun dah hasilkan motion controller. Walaupun aku lagi minat PS3 sebab PS3 banyak collaborate dengan company game jepun, tapi masalahnye motion controller dia still perlukan kita memegang stick PS move lebih kurang Wii je camtu. Jadi kami beli Xbox 360 + kinect sebab motion sensor dia tampak lebih canggih walaupun tak se'accurate' ps move dan wii.


Serius aku cakap, tak menyesal beli console Xbox 360 ni. Walaupun sayang gak, kebanyakan game yg ekslusif utk PS3 aku tak dpt main, tapi aku tak kisah. Kinect ni memang sesuai untuk aktiviti beriadah, secara individu mahupun bersama keluarga, tapi seriously, aku prefer bermain beramai2, memang fun dan enjoice!! . Takat ni game kinect favourite aku adalah Kinect Sports, Dance Central dan Your Shape: Fitness Evolved. Game Your Shape adalah game fitness yg ajar kita routine aerobik seolah2 kita ada personal trainer sendiri, ada kelas After Baby yang khas utk Dayah punye slimming program lepas bersalin nanti.

Si Dayah cakap dia nak jadi hot mama lepas bersalin nanti, tapi dia tak suke aku exercise sgt, dia lagi suke aku gemok macam Po. Euww, aku pun nak jadi hot papa jugak. Tak sabar nak kecilkan 1 pack yg ada, dan tambah 5packs di abs utk menjadi macam gambar di atas.