Friday, January 29, 2010

Rempit V2..

Kelmarin adalah hari yang sangat penat. Petang tu gulpren aku sangat motivated untuk study sungguh2 dan secara tidak langsung, buat julung2 kalinye, aku pun tetibe sangat bersemangat untuk menjadi pelajar yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang bile tengok semangat dia. Malam tu terus bukak buku baca 20pages, haih, masa aku undergrad, paling byk aku redah pun 5pages je kot, pastu main dota ataupun PES. Tapi aku bukan sangat penat sebab study..

Selepas baca 20pages tu, aku terus tewas, mataku berat bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, disebabkan bahu ku tidak larat memikul tubuhku, maka aku rebah jatuh ke tilam. Ini mungkin simptom gara-gara wujudnya anjakan pardigma yang terlampau ke atas kerajinan diriku dalam masa yang amat singkat. Sempat la tidur sekejap.

Selepas 5minit aku tidur, baru first nafas dengkur nak keluar dari kerongkong, aku terkejut dengan call dari sorang member pkol 10mlm. "Haih, selalu time ni aku men sms2 ngan awek aku je, apehal lak member sorang ni buang tebiat call lepaskan rindu malam2?", persoalan yang bermain difikiranku yg gundah gulana dan tidak keruan kerana masih terkejut dari bangun tidur..

Sekali member call mintak tolong tolak motor dia daaa.. tali clutch putus kat kepong, umah aku kat taman setapak, umah die kat sri gombak. Kalau ikutkan nafsu tidur, aku bantai tidur balik.. tapi nasib baik aku takde nafsu tidur sebab lelaki ade 9 akal dan 1 nafsu, dan nafsu itu semestinye bukan nafsu tidur (ape aku mengarut ni daaa?). Terus capai helmet, start engine, bergegas ke tempat kejadian.

Yang lawaknye, aku tak reti nak tolak motor pun, malam tu slambe gamble je test power jap. Mulanya tak jadi, nasib baik atas berkat usaha aku yang motivated untuk mengaji dan belajar bersungguh-sungguh atas pedoman yang diberikan oleh awek aku, aku sukses menolak motor member tu.

Sakit jiwa gak ar merempit kat MRR2 dengan halaju 50kmph. Panas darah gak beb wa cakap sama lu kena pancung2 dengan mat rempit, siap press minyak lagi tepi gua.
Ape pun aku sangat respek ada kereta bawak slow belakang motor kitorang siap pasang emergency signal sepanjang2 MRR2 tu utk pastikan tak ade bencana berlaku ke atas kami. Tenkiu very much! Ade ar rasa macam seorang menteri yang di'escort' body guard (menteri naik moto tolak moto member? ape kejadah aku pikir ni?)
Lepas 20minit, kami berjaya sampai di sri gombak, dan aku pulang dalam keadaan kaki yang lenguh dan sengal.

Bagaimanapun aku rasa berbaloi sebab aku dapat membantu sahabat yang dalam kesusahan, dapat upah, dapat belajar tolak motor, dan dapat aplikasikan ape yang aku belajar 20pages sebelum aku tidur tu sikit dalam usaha menolak motor tu. Aku study pasal engine motor malam tu, ade la sket related.. hehe..

Monday, January 25, 2010

Rempit

Hari jumaat lepas baru layan citer Adnan Sempit. Layan gak beb citer ni wa ckp sama lu.. Citer pasal sorang mat rempit yang agak baik, sengal2 ubi gak gua tgk mamat ni. Tapi lawak cerita ni mmg 1st class, berbaloi gak walaupun time tu keliru nak tengok cerita omputih (old dogs) ataupun cerita melayu ni. Fikir2 balik, apa salahnya sokong cerita tempatan sekali sekala. Pasni layan old dogs pulak, hehe.

Rempit amat sinonim dengan gangster, kaki pau, peragut. Rempit ni sebenarnye lebih kepada penunggang motor kapcai yang layan lumba haram. Menurut seorang mat rempit dalam citer Adnan Sempit tersebut, terdapat beberapa kelas Mat rempit; A,C dan takde kelas. B takde pulak die cerita camne.
Yang kelas A tu dah kena dah dengan aku (Ada awek dan bawak dengan berhati-hati ;p), tapi terma mat rempit tu sesuaikah untuk aku? aku tak bawak kapcai, dan aku tak layan lumba haram. Yeah, aku bukan mat rempit, aku adalah mat motor (motorcyle lover or rider) sebab aku lagi prefer motor yang digunakan dalam cerita "wild hogs", yang besar2, walaupun aku terlalu kurus untuk bawak easy-rider bike. Aku rider kelas A kot.. hehe..

"kenapa berlumba-lumba di tepian pantai?.. sedangkan berpayung pun basah juga.. kalu rasa dah bagus sangat.. jomla lumba atas trek", Karam Singh Walia melaporkan sambil melambaikan tangan tanda perlumbaan hendak bermula.

Thursday, January 21, 2010

Beratku yg kian berat




Baru je check berat guna penimbang berat digital yang akak aku beli. Hierkk, 79kg (Dalam gambar tu bukan kaki aku!!). Sket lagi nak capai berat impianku iaitu 80kg. Aku tak tahu kenapa aku nak cecah berat tu dari tahun lepas lagi. Mungkin sebab aku ni dulu kurus yang amat sangat, sampai aku sendiri perasan yang aku jalan dengan postur yang amat teruk, bongkok sebab kekurangan kalsium gamaknyer (men hentam je, bab biologi ni aku lemah gile, kalsium, glukosa, karbohidrat aku bukan tau fungsi.. skali kena hentam ngan gulpren pasal kegunaan glukosa dalam badan.. terkelu lidah aku.. lemah betul ilmu biologi aku)..

Kembali cerita pasal berat. Dah lebih dua tahun (2008-2009) berat aku maintain 75kg. Aku cube ler telan macam2 tapi tak naik jugak, "dah tepu kot" pikir aku. Aku perasan berat aku naik dengan kadar yang sangat drastik bila aku mula tidak lagi keseorangan (single) tiga bulan lepas. Orang kata makin gemuk, tandanya happy.. aku happy sangat kot dalam tiga bulan lebih ni. ;)

Sungguhpun berat naik, member aku cakap aku makin kurus. Hukum apakah ini?

Bila dihitung kembali, dah sebulan kot aku tak sentuh alat senaman. Kena belajar sentuh balik ni. Ni belum kawen lagi, orang kata saat lepas kawen tu la paling mencabar untuk menjaga perut. haih!

Rindunya aku pada senaman aerobik setiap hari ahad di tasik titiwangsa!!
Go Go, 1,2,3 and 4.. goyang pinggul!!




p/s: jika benar berat naik bile hati senang.. aku rela beratku terus naik!.. ;p

Tuesday, January 19, 2010

Baru pukul 10mlm!!?

Hari ni tak tahu kenapa, aku rasa sangat2 penat. Balik rumah je, lepas maghrib terus pengsan. Aku pesan kat sang puteri supaya kejutkan aku pukul 11mlm, sekali member spoil la pulak telepon aku tatkala aku sedang khusyuk dibuai mimpi pada pukul 10mlm. Adoi, terus hilang mengantuk, aku selalu kalau terkejut memang hilang terus ngantuk..

Member sekolah aku yang call tadi, dlm seimbas aku terkenangkan memori indah ketika bergelar pelajar sekolah menengah yang cumil. Lain kalilah aku cerita detik2 indahku, kalau cerita malam ni, boleh jadi cerpen. Aku pun baru je bangun tidur nih, dah nak kena karang cerita pendek, karang melalut, orang lain yang pening baca.

Weekend lepas pulak member sekolah aku yang lain ada contact. Member yang ni memang bikin hati gua (gaya mat rempit emo plak) panas. Cakap nak jumpa, tapi asyik tak jadi je. Tak jadi tu satu hal, paling bikin gua panas sabtu lepas. Gua baru je plan nak pegi JJ setiawangsa nak jalan2 dengan sang puteri, tetibe dpt sms dari kawan ni
"weh, aku kat ikea ni, jom lepak"

Gua pun call ler mamat ni ketika gua on the way ke JJ
"aku okay je kalau nak jumpa, aku datang ke ikea"
"okay2, boleh tak ko datang umah aku kat bukit jalil, aku pun dah nak balik ni"
"huh? dah tu ko ajak aku pegi ikea ni wat ape? aku takleh kuar lama2 ahad aku kelas"
"okay, jumpa kat ikea jap la kalau gitu"

Gua pun lantas memecut ke ikea dari gombak (sampai lepas 50minit), parking dia, mak aih, padat betul malam sabtu.
Elok je gua park kereta (lepas 10minit mencari), gua call mamat nih
"aku dah sampai, ko kat mane?"
"aku dah balik"
"ko serius ke ni?"
"ha'ah, aku on the way balik bukit jalil"
"laaaa... buat ape aku datang sini!??"
"aku ingatkan ko memang nak datang ikea"

Time tu gua dah panas darah, menggelegak dah nih, ade pulak lu pikir gitu, nasib baik 'dia' tenangkan gua, "sabar2~~".. udahnye gua lepak sejam, lepas tu balik. Gua tak reti nak buat ape kat the curve tu selain tgk wayang. Gua pun malas la nak emo2, kalau emo2 pi jual beger ar (ni budak mahallah uthman uia je paham)..

Tetibe rasa mengantuk balik.. kini jam pukul 11mlm.. ingat tadi nak tidur sampai pukul 3pagi.. nak cuba baring kejap, cuba tidur.. jomm!! ZzzZzzZzz..

Friday, January 15, 2010

Jiwangkah aku?

Baru2 ni agak ramai sahabat cakap aku dah jiwang semenjak ade gulpren nih. Aku masih lagi jejaka pukul tiga yang dulu, cuma jiwa jiwang ini tidak ditonjolkan sangat dulu sbb dulu aku hanya ade kawan lelaki, ape kejadah aku nak jiwang ngan budak laki? Lagi2 dgn roommate aku.. choi~~ geli i taw~

Aku pun bgtau kat 'dia', "Sayang buah hatiku intan payung (bukan panggilan sebenar), jiwangkah blog daku ini?". Dia balas "Tak jiwang pun, kite punye lagi jiwang drp abangku yg romantis (bukan panggilan sebenar juga) punye blog".
Plis jangan amik serius dengan kata panggilan di atas, ada unsur2 bombastik telah aku terapkan dalam penceritaan di atas.

Hehe. Memang aku suka membuat variasi sikit. Ala2 infotainmen bak kata RTM. Mungkin sbb kawan aku tak pernah tgk this side of me, membuatkan aku ni kelihatan jiwang..

Petang ni nak pergi Sogo, ada sale utk S card member. Hari ni dan esok Sogo akan ditutup, cuma pemegang card S dan seorang temannya sahaja yang boleh masuk. Pada waktu ini, dengarnya diskaun akan meningkat sehingga 20% daripada yang selalunya, misal kata sebelum ini 50% off, pada hari ini jadi 70%. Aku dapat tahu pasal sale ni pun daripada adik aku yang merupakan pelawat tegar Sogo. Hari ni aku pinjam kad adik aku, nak pegi shopping bersama kekasih (kembali ke jiwang mode, ya a aw! ;p)

Wednesday, January 13, 2010

Bagaimana mahu mengira ketinggian bangunan menggunakan barometer?

Apa itu barometer?

Barometer adalah satu alat untuk mengukur tekanan atmosfera pada ketinggian tertentu. Pada ketinggian paras laut, tekanan atmosfera adalah 1.013x105Pa, ukuran yg akan ditunjukkan pada barometer merkuri adalah 76cm.
Sekiranya kita membawa barometer ke atas sesebuah bangunan, ia akan menunjukkan kiraan yg lebih rendah. Selepas mendapat ukuran yg ditunjukkan cecair dalam barometer tersebut, kita akan dapat jumlah tekanan atmosfera di atas bangunan, dan ketinggian bangunan boleh dirujuk melalui graf di bawah:-
Di atas adalah cara kerja yang agak sukar dan agak skema utk mengukur ketinggian bangunan menggunakan barometer.

Sebenarnya terdapat langkah mudah utk mengukur bangunan menggunakan barometer:-

1) Pergi ke atas bangunan tersebut, ikat barometer pada satu tali yang panjang, kemudian turunkan barometer tersebut hingga ke lantai bangunan. Kira panjang tali yang digunakan.

2) Pergi ke atas bangunan, jatuhkan barometer, kira masa yang diambil sebelum jatuh ke tanah. Gunakan formula S = at2/2 untuk dapatkan jarak. Dimana S = jarak, a = g = 9.8m/s2

3) Ukur panjang asal barometer, letak pada pinggir atas bangunan pada waktu tengahari. Ukur panjang bayang2 barometer dan panjang bayang2 bangunan. Kemudian boleh dapatkan ketinggian sebenar bangunan

4) Gunakan barometer sebagai penindih kertas ketika usha plan bangunan

5) Jual barometer, beli pita pengukur

6) Jatuhkan barometer dari atas bangunan, pastikan ada org terbunuh terkena barometer. Tunggu berita esok pagi "Terdapat seorang pejalan kaki mati gara2 terkena barometer yang dijatuhkan dari atas bangunan yg mempunyai ketinggian xxx meter".

p/s: jgn jawab guna 6 cara tersebut dalam exam. nak kene penampo ngan lecturer, try ar.. huhu

Monday, January 11, 2010

Kelas dan Cuti

Kalau dulu masa kat UIA, rasa tak sabar je tunggu midbreak walaupun hanya cuti seminggu, kadang2 tak sampai pun seminggu cuti. Tapi sekarang, buat masters kat UM, kelas sabtu ahad, terus dapat cuti 5 hari. Peh, lama tuu, dah tahap midbreak kat UIA dah dia punya period.

Kalau tak buat kerja part time, memang mati kutu ler duduk rumah. Mungkin dalam satu hari, aku boleh buat 4-5 blog entries. Cukup setahun, aku boleh mengarang novel cinta sebanyak tiga jilid. Tapi aku ni bukan jenis bunga sangat nak karang novel, sbb aku lagi suke mengadap nombor kot dari huruf, aku lagi suka guna Excel berbanding Words.

Cakap pasal Excel, hari ahad lepas baru ada satu kelas Energy Efficiency belajar guna Excel. Takat ni enjoy ler kelas tu, buat simple calculations guna Excel, aku dah naik lali buat tu semua masa kerja jadi engineer jap dulu. Tgh main kira-kira tu, prof tu dok psiko budak2 kelas nih. Die sembang ler bertapa susah keje lecturer, bertapa susah nak siapkan PhD. Dan kini, setelah 2 minggu kelas masters ku bermula, tetibe aku down.. Cheit..

Aja Aja Fighting! I Can Do It!.
ok nak men game jap..
muahaha, kebetulan aku tgh batuk, cuma bukan bawah tangga je.. lalala~

Friday, January 8, 2010

Minggu yg penat

Agak jarang aku update blog baru2 ni. Penat gak rupe2nye buat kerja dan sambung belajar part time nih walaupun kerja aku bukannya berat sangat pun. Si dia pun cakap, aku sekarang ni kerap tidur awal, dan aku asyik penat je kebelakangan ni. Hurmm, mula2 fikir nak wat kerja banyak2 sebab nak cari simpanan yang banyak cepat2, tapi kalau gini cara hidup aku, macam takde life lah pulak. Kemungkinan besar by the end of this month, the no of jobs will be reduced from 3 to 2. Nak relax dah, nak temankan dia, lagi pun bulan depan nak tunang dah, bagi lebih masa nak buat preparation.

Kerja yang aku akan quit adalah kerja kat sini. Sebabnye, bukanlah kerja situ paling tak best, tapi kerja kat sini paling banyak menggunakan masa aku dan pulangannya pun tak sebanyak dua lagi kerja yang lain. 5 hari bekerja, dan 2 hari belajar, fuuuh, memang letih. Masa pun tak flexible. Nak buat ape2 pun perlukan perancangan, perlukan aku utk mengambil cuti. Selalu je aku buat, tapi kalau makin kerap, tak manis pula di mata orang. Elok aku berundur diri sebelum jadi ape2. 3 bulan bekerja kat situ, memang best. Colleagues sume ramah dan baik, macam2 gelagat manusia aku jumpa masa kerja sini, insyaAllah aku takkan lupe diri bile kembali ke tempat ni dalam masa 5-6 tahun kelak. Harap2 staf2 skrg ni masih kekal time tu, bleh aku lepak2 ngan isteri aku (time tu dah isteri, amin) sebab staf2 situ semua kawan mak mertua aku. Hehe..

Esok Jumaat, aku perlu kembali ke opis, sabtu ahad masuk kelas dari pagi sampai petang lagi. Esok ingat nak mintak halfday, tapi rasa macam kalau halfday hari isnin lagi best, sbb hari jumaat punye "working" hours lagi sikit. Break sampai 2 jam. Hehe. Tapi tak kisahlah, aku dah sangat penat pun minggu ni, need time to rest physically and mentally.

Saturday, January 2, 2010

Hari Pertama Kelas Pada Hari Kedua 2010

Hari ni masuk balik sekolah! Beberapa hari sebelum, aku excited giler nak masuk kelas. Tapi disiang hari sebelum masuk kelas, aku rasa malas gile. Terpaksakan diri hidupkan motor dan memecut ke destinasiku, iaitu menara gading yg pernah aku tinggalkan ketika aku muda remaja dahulu sebelum aku masuk ke "taman budi dan ilmu". Sampai2 je, aku pening, berserabut gak struktur bangunan fakulti kejuruteraan dia. Maka aku pun call je kawan aku sorang lagi, sekali dia punye malas lagi dasat daaa... ada kat rumah ketika jarum menunjukkan waktu sudah 9pagi, iaitu waktu utk kelas ku bermula.

Hari ni ada dua lectures je, seksa gak otak aku kelas 3 jam setiap satu. Esok ada lagi dua kelas, dan sama jugak 3 jam setiap satu. Kena pastikan cukup tidur malam ni, malam semlm tak cukup tidur, kat kelas aku jadi org paling aktif beri respon kat lecture dengan mengangguk2 (aku harap lecturer tak perasan aku tertidur).

Untuk kelas esok aku kene bertenaga. Dan aku akan pastikan ade air jus twist dlm beg. Aku mengidam sudah.. huhuhu..