Thursday, February 18, 2010

Kembali dari cuti

Fuh.. lama jugak bercuti ni, standard orang ramai cuti 4 hari, aku cuti 12 hari.. ni baru balik dari hanimun ni (berangan, padahal baru tunang).. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, dengan suksesnye aku menjadi tunangan org. Pagi tu, bukan main penuh lagi rumah aku nih, macam nak raya la pulak, serius jarang penuh gitu melainkan hari raya Aidilfitri, hari raya pun belum tentu penuh gitu lepas tolak ngan yang beraya kat rumah mertua lagi..

Cerita pasal raya kat rumah mertua ni yang best sket.. haha.. jangan jeles abang kakak adik yang dapat orang jauh.. aku teringat lagi, akak dan abang aku usik2 aku, tanya "bakal" aku orang mana? perlu naik flight tak? perlu lalu tol tak?.. aku spontan terlepas cakap "tak payah kot, sebelah taman je"..

kebetulan time tu, memang aku berminat dengan seorang gadis sebelah taman tu.. Dan dipendekkan cerita, gadis sebelah taman yang aku minat tu lah "bakal" aku merangkap tunang aku kini.. "Senangnya dalam hati...", tetibe nak nyanyi lagu Allahyarham P.Ramlee ni tapi aku tak berani sambung yang lepas tu.. uish.. mintak simpang kata "bakal" aku..

Rumah kami sangat la dekat, 10minit je kalau naik kete wira, kalau naik ninja 7 minit bleh sampai dah.. kalau raya tu, tak ada masalah lah kot.. bawak nasi himpit sket masuk dalam kereta, sambil drive baru suap 4 ketul nasi himpit ke dalam mulut, dah sampai dah rumah yang lagi satu.. tak mencabar la pulak bile pikir balik.. tapi aku memang lagi suka tak mencabar gini.. muahahaha.. dengki tak? dengki? :p

Kini darah aku sudah menjadi manis.. aku tak paham sgt, maksud darah manis di sini.. aku risau kalau aku terluka, bangun esok pagi, semut berkerumun kat luka aku.. hierkk, horror siut.. dengar ceritanya, masa darah manis gini ler byk dugaan, byk org ngorat.. betul atau tak tu aku tak pasti.. pendek kata, kepada orang2 single di luar sana, jika mahu orang ngorat, bertunang lah cepat.. probability utk ramai org pikat kerana darah anda manis akan meningkat.. tapi kalo dah bertunang maksudnye dah ade empunya lah.. ape punya kontra la idea aku ni.. jgn ikutkan sangat idea aku ni, aku masih di awangan.. muahaha..

Semoga dijauhkan ler dari berlakunye semua kisat darah manis tu kat kami.. tak rela i taw..

Tengok tu.. mane la tak manis darah die.. semanis senyuman kot..
So sweeeeeeeet~ manis manis!

Friday, February 12, 2010

Cuti

Yeah.. ahad ni aku cuti, ahad ni tahun baru cina, ahad ni hari aku bertunang..
Dengan ini, relationship statusku akan bertukar daripada "in a relationship" kepada "engaged".. Disebabkan excitement dlm membuat preparasi, terpaksa juga cuti dari blogging.. begitu juge cik dayah, dah lame gak tah hapdate blog beliau.. next week baru start aktif balik sket2.. pelan2 kayuh, nak adapt dengan kehidupan sbg tunangan org.. ;)
Fighting!! Jejakapukultiga!!

Wednesday, February 3, 2010

Kenapa "Jejaka Pukul Tiga"?

Ada rakan-rakan aku tertanya-tanya, kenape aku guna nama "Jejaka pukul tiga". Ceritanye, first time aku tgk wayang ngan gf aku adalah cerita "Tsunami at Haeundae", ada satu watak mamat sengal2, skema, cute, setia dan berani yang diberi gelaran "Jejaka pukul tiga" oleh seorang perempuan yg sudahnye jadi gf die.. Mamat ni memang stail habislah kalau ketepikan rupa die yg nerd tahap tak boleh blah.. Tapi hidupnye berakhir dalam keadaan yang tragis, dan mampu mengalirkan air mata mana2 gadis yang berhati lembut dan mudah cair.

Gf aku pun cakap sangat suka watak laki tu, maka aku dengan tanpa segan silunya, menggelar diri aku "Jejaka pukul tiga" beliau walaupun aku tahu banyak je watak cerita lain yang dia suka, antaranya:

Chiaki Senpai (Nodame Cantabile):
seorang jejaka yang genius dalam memainkan instrumen muzik dan menjadi idola ramai pelajar di tempat dia pelajari muzik. Akhirnya beliau dimiliki oleh seorang gadis yg cumil, tapi sgt gile2.
- aku pun sangat suka watak mamat ni, tapi aku tak reti sangat main instrumen muzik, apatah lagi menjadi idola ramai pelajar lain. Tapi part dimiliki gadis cumil dan gila-gila tu ada sket related dgn kisah hidup aku.. hehe.. gurau je ;p


Adik beradik Winchester (Supernatural):
Dua beradik kacak yang boleh berlawan dengan demons, ghost atau entiti yang lain.
- aku ni seram sket kalau cerita pasal paranormal aktiviti.. tak seswai nak guna nama diorg.







Arthur Pendragon (Merlin): Bakal Raja Camelot yang acapkali bertarung memakai baju besi dan menggunakan pedang
- kurang sesuai utk guna nama beliau sbb tak sezaman dengan aku.. huhu





Lee Mong Ryong (Delightful Girl Chun Hyang): Jejaka yang sangat bergaya, anak org kaya, tapi jatuh cinta pada seorang gadis miskin dan sanggup buat ape saje utk gadis tersebut.
- pada mulenye nak guna gak name ni.. tapi name dia terlalu "Korean"..


Tu je lah kot sebab aku guna nama tu sebagai nama pena aku.. mungkin akan aku tukar kepada nama yang lebih romantis.. ya a aw!



Monday, February 1, 2010

Kebebasan yang terlampau

Minggu ni aku dah start free yang amat sangat. Aku dah meletakkan jawatan salah satu kerja part time aku. Dan minggu ini juga minggu terakhir aku dengan kerja part time aku yang lagi satu. Lepas ni, cuma satu kerja part time je aku buat (kerja part time yang ni safe sket, sebab takde EPF transaction, takde lah kantoi). Dua kerja part time yang aku resign bermajikankan UIA, maka agak bahayalah sekiranya aktiviti separa masa aku itu diketahui UIA sendiri yg mensponsor aku sambung belajar.

Aku ni walaupun kadang2 agak pmalas, tapi aku jarang jugaklah buat kerja separuh jalan. Apatah lagi bila dalam karier. Time kerja engineer dulu, walaupun aku memanjang tensen sehinggakan berat aku turun mendadak, uban muncul dikepala bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan tapi aku tetap sayang nak tinggalkan kerja lama aku dulu. Salah satu sebab utama adalah aku kenang budi orang kat aku. Bos aku, rakan sejawat aku dan pekerja kantin yg sudi melayan aku pagi, tghari, petang (kantoi byk kali amik break ;p). Masa resign keje engineer dulu, lepas aku tender resignation letter, air mata jantanku hampir merembes bagai embun di subuh pagi, namun aku tenang menahan sampai mukaku kemerahan.

Hari ni aku nak tender resignation letter utk keje part time aku. Kalau ikutkan hati, aku taknak pergi melawat dah, nanti kantoi pulak... muka je ganas, rambut pacak, tapi dalam hati ada taman. Gulpren aku suggest bawak buah tangan, maka aku pun ajak ler dia temankan beli buah-buahan, bleh aku selit surat letak jawatan kat celah2 buah tu, tak obvious sangat. Aku mintak die teman masuk skali, harap2 tak kantoi sangat ler betapa lembutnye hati ini (hati lembut tak sama dengan cepat cair taw, lalalala~ ;p).

Staf-staf tempat kerja aku sangatlah sporting, kalau boleh, taknak putus hubungan gitu je. Tapi pikir balik betul gak bila dengar diorg pun cakap, "Takpe, lepas ni Jejakapukultiga (bukan nama sebenar) mesti selalu datang bile nak buat medical claim lepas jadi lecturer.. masa nak buat maternity claim utk dayah (aiyak, terletak nama sebenar pulak dayah, sowi) pun kena jumpe kitorg gak, hehe".
Alaa.. bukan masa buat claim je, diorg selalu datang ke rumah gulpren aku sebab nak jumpa mak dia. Mesti bertembung punye lah lepas aku duduk rumah dia..

Aku nak buat karangan sedap-sedap untuk resignation letter aku. Nak bagi sweeeet~ sket.. hohoho