Thursday, October 21, 2010

Berita gumbira

Baru2 ni aku agak kelam kabut sket, tak berkesempatan pun nak mengarang blog sendiri sebab tak larat menaip dah.. Takat dok selak2 blog orang je larat.. Ni gara2 banyak jurnal nak disummarizekan untuk 2bijik projek dan satu dissertation.. Lecturer ada yang cakap tak kisah copy paste asalkan ada sertakan citation tersebut dari mana kita amik, ada plak lecturer yang takmo ayat sama langsung, pening kepala nak ubah suai atau lebih tepat downgrade ayat2 orang bijak pandai jadi sengal2 sket tahap aku.. tu yang buat penat jari menaip tu..

Dayah asyik demam je semenjak dua menjak ni.. kena lak dapat laki suka ngusik, bila kaki lenguh, dikatanya sebab bawak beban lebih dalam perut tu.. bila sakit perut, dikatanya budak tu dah mula menendang.. dah la demam, lagi penat dok melayan kerenah aku yg lagi suke mengusik..

Tapi hari selasa lepas dia dah sakit kepala sangat2, risau gak aku.. kitaorg pun nekad la nak check kehamilan, mane la tau tup2 ade rezeki.. pkol 10.30malam kluar rumah nak cari pregnancy test (lewat bebeno pun).. ade farmasi kat rumah masih bukak malam tu, tapi segan plak nak beli sebab baru je beli beberapa hari sebelumnya (result negatif time tu).. malam tu aku suruh dayah beli, dayah suruh aku beli, masing2 malu2 kucin takut akak tu cam muka kitaorg.. udahnye cari farmasi lain, semua tutup.. tu la die, yg dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran..

Keesokan awal pagi aku capai kunci motor, rempit ke farmasi tu balik, selamba bomba tanpa rasa malu dah, aku angkat alat pregnancy test, ada dua jenis, aku siap tanya akak kaunter tu, alat mana yang lagi bagus antara harga RM8 ngan RM6 tu.. akak tu cakap bezanye saiz je.. aku pun angkut je la RM6, aku ngan dayah bukannye rabun teruk sangat sampai tak boleh nampak indicator tu (beza RM2 tu boleh beli air soya 1liter kot)..

Sekali check, positif!! Terus check kat klinik, keputusannya sama, positif!! Alhamdulillah, aku bakal bergelar ayah.. Semoga semuanya berjalan lancar.. Amin.

Tuesday, October 12, 2010

Jam 5.55pagi

Sekarang ni aku sangat kerap tertidur awal, tengah borak-borak dengan Dayah, tetibe terlelap.. Terbangun pkol 3-4pagi dengan kesegaran optimum, haih.. Dayah dah tidur nyenyak, takde geng nak bergurau-senda..

Di hening pagi ni, aku cuba nak sambung buat research study untuk 2 subjek yang aku ambik sem ni, punye la berat nak bukak jurnal melambak-lambak.. Satu subjek punye study nak busuk-busuk 20-30 references.. Udahnye aku asyik tersilap masuk topik bila buat meeting dengan group aku untuk kedua-dua subjek tu.. time heat transfer, aku ckp pasal thermo, time thermo, aku ckp pasal heat transfer.. penin2..

Semalam pulak pergi jumpa supervisor untuk dissertation aku sem depan, dia dah start mintak aku buat introduction untuk proposal la plak.. Kepalaku runsing sudah.. sekarang dah pukul 5.55pagi, sesi senaman otak dengan bermain farmville dan membaca blog-blog org sudah selesai, senaman jari dengan menaip blog sendiri pun sudah selesai.. lepas subuh aku nak sambung tidur.. opss, sambung keje..

Friday, October 8, 2010

Kepentingan tahu english, sket pun jadi ler..

Dulu masa kecik-kecik aku selalu tengok tv pagi-pagi (masa aku sekolah petang, mungkin form 1 atau form 2). Kat tv channel mana entah selalu tayang video clips dari barat, time tu la aku kenal kumpulan The Corrs, N Sync, M2M dan banyak lagi la kumpulan yang dah pun pupus sekarang ni.

Tahun lepas, aku ingat lagi masa aku dengan beberapa kawan pergi karaoke, time tu tak kapel lagi dengan Dayah, dia pun ikut gak setelah dipaksa-paksa oleh aku dan Azmir. Time nak pilih lagu tu, aku ternampak satu kumpulan Soul R&B yang aku rase sekarang dah tak pun wujud, iaitu kumpulan Az Yet. Masa aku kecik-kecik dulu aku suka dengar melodi diaorg, layan seh.. Lagu yang aku minat "It's hard to say i'm sorry"(lagu Chicago yg dinyanyikan semula) dan "Last Night"..

Aku lagi suke lagu "IHTSIS"(panjang sangat tajuk lagu nak taip) tapi ade lagu "Last Night" je.. Aku balun je pilih lagu tu.. Nasib baik lirik lagu tersebut tidak rakan-rakan perasan kerana masing-masing terlalu asyik mendengar kegemersikan suara lunakku.. time tu aku perasan gak la lirik die macam aneh, nyanyi buat muka innocent sudey~


adoi la.. tu la, sape suruh aku tak pandai bahasa inggeris masa kecik-kecik? Main sebat je lagu gitu.. Kena gelak gak la dengan Dayah lepas kitorang dengar balik lagu ni lepas kami dah kawen.. Tapi still okay lagi la daripada satu famili kat video ni, melampau benar tak reti englishnye..